PAS Cawangan Sungai Rambai,Parlimen Jasin,Melaka

As-Salam

Lagu Rasmi PAS

Zikir Oleh Nik Aziz

Tuesday, August 11, 2009

Jentera Permatang Pasir

PARTI ISLAM SEMALAYSIA Pictures, Images and Photos



Jentera Pemuda PAS siap sedia ke Permatang Pasir

KUALA LUMPUR, 11 Ogos - Dewan Pemuda PAS Pusat sudah bersiap sedia menghadapi pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang akan diadakan 25 Ogos ini seperti yang diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pagi semalam.

Timbalannya, Azman Shapawi Abdul Rani dalam kenyataan Dewan tersebut Sabtu lalu berkata, Pemuda akan menggerakkan seluruh jenteranya bagi memastikan PAS dapat mempertahankan kerusi berkenaan.

"Pemuda Pusat hari ini membuat ketetapan bahawa kami akan cuba sedaya upaya mempertahankan kerusi yang disandang PAS sejak tiga penggal yang lepas," ujarnya yang turut menyarankan agar program-program yang telah dirancang dan terancang dapat dilaksana serta dimanfaatkan sepenuhnya bagi merealisasikan kemenangan PAS.

Sebagai sayap utama PAS, jentera Pilihanraya Dewan Pemuda daripada semua peringkat katanya, akan dikerah ke Permatang Pasir bagi memastikan dan membantu kelancaran secara lebih bersistematik pada pilihanraya tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, jentera pilihan raya PAS Permatang Pauh telah lama bersiap sedia menghadapi sebarang pilihan raya. Setiausaha PAS Permatang Pauh, Ahmad Kamal Ahmad ketika diminta pandangan mengenai persiapan terkini jentera PAS di situ memberitahu, "jentera kita bersiap sedia untuk berhadapan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) di N11 Permatang Pasir. Banyak isu sedang menanti untuk penceramah kita sebarkan".

Manakala Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) turut sama akan mengerahkan sekurang-kurangnya 500 pemuda Pas seluruh Terengganu untuk bertugas di Pilihanraya Kecil Permatang Pasir bermula 17(Penamaan calon) hingga 25 Ogos 2009(Hari pengundian) nanti, ujar Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah .

0 pendapat:

Post a Comment

Iklan Dari Harakah

 

N28 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template