PAS Cawangan Sungai Rambai,Parlimen Jasin,Melaka

As-Salam

Lagu Rasmi PAS

Zikir Oleh Nik Aziz

Tuesday, August 11, 2009

Berjuang.. Tetapi Tidak Ikhlas?

PARTI ISLAM SEMALAYSIA Pictures, Images and Photos



Berjuang.. Tetapi Tidak Ikhlas?

Ramai orang yang berjuang. Tapi tidak seramai itu pula yang berjuang dengan ikhlas. Melalui interaksi dengan Kitabullah dan Nabi Muhammad saw., para sahabat amat memahami bahawa memurnikan (mengikhlaskan) orientasi dan amal hanya untuk Allah adalah suatu keniscayaan yang tidak dapat ditawar-tawar lagi.

Mereka meyakini sepenuhnya bahawa hal itu merupakan kunci untuk memperoleh pertolongan dan dukungan Allah dalam setiap pertempuran yang mereka terjuni, menghadapi musuh-musuh mereka, baik musuh dari dalam diri mahupun dari luar diri mereka.

Mereka menghayati firman Allah swt.: “Tidaklah sepatutnya bagi penduduk Madinah dan orang-orang Badwi yang berdiam di sekitar mereka, tidak turut menyertai Rasulullah (pergi berperang) dan tidak patut (pula) bagi mereka lebih mencintai diri mereka daripada mencintai diri Rasul. Yang demikian itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan, dan kelaparan pada jalan Allah. Dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir, dan tidak menimpakan suatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal soleh. Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik.” [At-Taubah (9):120]

Para sahabat memahami hal itu dan mengaplikasikannya dalam diri mereka. Maka terlihat dalam perilaku mereka. Syadad bin Al-Hadi mengatakan, seorang Arab gunung datang kepada Rasulullah saw. lalu beriman dan mengikutinya. Orang itu mengatakan, “Aku akan berhijrah bersamamu.” Maka Rasulullah saw. menitipkan orang itu kepada para sahabatnya.

Saat terjadi Perang Khaibar, Rasulullah saw. memperoleh ghanimah (rampasan perang). Lalu beliau membahagi-bahagikannya dan menyisihkan bahagian untuk orang itu seraya menyerahkannya kepada para sahabat. Orang itu biasa menggembalakan binatang ternak mereka.

Ketika ia datang, para sahabat menyerahkan bahagiannya itu. Orang itu mengatakan, “Apa ini?” Mereka menjawab, “Ini adalah bahagianmu yang dibahagikan oleh Rasulullah saw.” Orang itu mengatakan lagi, “Aku mengikutimu bukan kerana ingin mendapatkan bahagian seperti ini. Aku mengikutimu semata-mata kerana aku ingin tertusuk dengan anak panah di sini (sambil menunjuk tenggorokannya), lalu aku mati lalu masuk syurga.”

Rasulullah saw. mengatakan, “Jika kamu jujur kepada Allah, maka Dia akan mengizinkan keinginanmu.” Lalu mereka berangkat untuk memerangi musuh. Para sahabat datang dengan memapah orang itu dalam keadaan tertusuk panah di bahagian tubuh yang ditunjuknya. Rasulullah saw. mengatakan, “Inikah orang itu?” Mereka menjawab, “Ya.” Rasulullah saw. berkata, “Ia telah jujur kepada Allah, maka Allah memakbulkan keinginannya.”

Lalu Rasulullah saw. mengkafaninya dengan jubah beliau kemudian mensolatinya. Dan di antara doa yang terdengar dalam solatnya itu adalah: “Allaahumma haadza ‘abduka kharaja muhaajiran fii sabiilika faqutila syahiidan wa ana syahidun ‘alaihi” (Ya Allah, ini adalah hamba-Mu. Dia keluar dalam rangka berhijrah di jalan-Mu, lalu ia terbunuh sebagai syahid dan aku menjadi saksi atasnya).” (Diriwayatkan oleh An-Nasai)

Anas Bin Malik ra. menceritakan bahawa seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw. seraya mengatakan, “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku orang hitam, buruk rupa, dan tidak punya harta. Jika aku memerangi mereka (orang-orang kafir) hingga terbunuh, apakah aku masuk syurga?” Rasulullah saw. menjawab, “Ya.” Lalu ia maju dan bertempur hingga terbunuh.

Ia lalu dibawa kepada Rasulullah saw. dalam keadaan sudah meninggal. Rasulullah saw. mengatakan, “Sungguh Allah telah membuat indah wajahmu, membuat harum baumu, dan membuat banyak hartamu.” Beliau kemudian melanjutkan, “Aku telah melihat kedua isterinya dari kalangan bidadari mereka berebut jubah yang dikenakannya. Mereka masuk antara kulit dan jubahnya.” (Diriwayatkan oleh Al-Hakim)

Begitulah para sahabat mempraktikkan ikhlas dalam perjuangan. Dan begitu pulalah seharusnya kita mempraktikkannya. Dan jika ada niat yang tidak jelas dalam jiwa selain keikhlasan, maka hendaknya kita ingat hal-hal berikut ini:

Pertama, bahawa Allah mengawasi, mengetahui, mendengar, melihat kita. Firman-Nya: “Dan Dialah Allah (Yang Disembah), baik di langit mahupun di bumi; Dia mengetahui apa yang kamu rahasiakan dan apa yang kamu lahirkan; dan mengetahui (pula) apa yang kamu usahakan.” [Al-An'am (6): 3]

Katakanlah: “Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui.”

Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. [Ali Imran (3): 29]

Kedua, bahawa orang yang riya (ingin dilihat orang) atau sum’ah (ingin didengar orang) dalam beramal akan dibongkar oleh Allah semenjak di dunia sebelum di akhirat. Dan mereka tidak mendapatkan bahagian dari amal mereka selain dari apa yang dinginkannya.

Rasulullah saw. bersabda, “Siapa yang ingin (amalnya) didengar orang, maka Allah akan membuatnya di dengar; dan siapa yang ingin (amalnya) dilihat orang, maka Allah akan membuatnya dilihat orang.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)

Ketiga, bahawa kekalahan yang diderita kaum Muslimin dewasa ini adalah akibat kezaliman kita sendiri. Firman-Nya: “Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.” [Yunus (10): 44]

Keempat, bahawasanya ketidakikhlasan menghancurkan amal, besar mahupun kecil. Dan dengan demikian bererti kita telah membuat perjuangan kita bertahun-tahun sia-sia belaka. Allah swt. berfirman: “Dan sesungguhnya telah merugilah orang yang telah melakukan kezaliman.” [Thaha (20): 111].

“Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.” [Al-Furqan (25): 23]

Dan Rasulullah saw. bersabda, “Aku benar-benar mengetahui orang-orang dari umatku yang datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan-kebaikan seperti gunung Tihamah. Lalu Allah menjadikannya bagaikan debu yang tertiup angin.”

Tsauban berkata, “Wahai Rasulullah, terangkanlah sifat mereka kepada kami agar kami tidak seperti mereka, kerana kami tidak mengetahui mereka.” Rasulullah saw. menjelaskan, “Mereka adalah termasuk saudara-saudara kamu dan seperti kulitmu. Mereka menggunakan waktu malam seperti yang kamu lakukan, akan tetapi mereka adalah orang-orang yang jika berhadapan dengan larangan-larangan Allah mereka melanggarnya.” (Riwayat Ibnu Majah)

Kelima, orang-orang yang beramal bukan kerana Allah adalah orang yang pertama dibakar untuk menyalakan neraka. Dalam hadits panjangnya, Rasulullah saw. menjelaskan nasib tiga kelompok manusia yang celaka di hari akhirat kerana beramal dengan riya.

Keenam, orang-orang yang riya’ akan menjadi teman syaitan pada hari kiamat di dalam neraka jahanam. Mereka kekal di dalamnya. Cukuplah bagi kita kisah Quzman, seperti yang diterangkan oleh Qatadah –semoga Allah meredhainya.

Beliau menjelaskan, “Di antara kami ada orang asing dan diketahui siapa dia. Ia dipanggil Quzman. Adalah Rasulullah saw. setiap disebut namanya selalu mengatakan bahawa dia termasuk penghuni neraka. Saat terjadi Perang Uhud, Quzman terlibat dalam pertempuran sengit sampai berhasil membunuh lapan atau tujuh orang musyrik. Memang dia orang kuat.

Lalu ia terluka lalu dipapah ke rumah Bani Zhufr. Beberapa lelaki dari kaum Muslimin mengatakan kepadanya, ‘Demi Allah, engkau telah diuji hari ini, hai Quzman, maka berbahagialah.’ Quzman menjawab, ‘Dengan apa aku bergembira. Demi Allah sesungguhnya aku berperang tidak lain kerana membela nama kaumku. Jika bukan kerana hal itu aku tidak akan turut berperang. Ketika merasakan lukanya semakin parah, ia mencabut panah dari tempatnya lalu bunuh diri.” (Al-Bidayah Wan-Nihayah, Ibnu Katsir)

Marilah kita bersama ingatkan jiwa kita dengan peringatan-peringatan tersebut agar dalam bergerak, berjuang, dan berkorban (tadhhiyah) senantiasa ikhlas kerana Allah
Continue Reading...

Jentera Permatang Pasir

PARTI ISLAM SEMALAYSIA Pictures, Images and Photos



Jentera Pemuda PAS siap sedia ke Permatang Pasir

KUALA LUMPUR, 11 Ogos - Dewan Pemuda PAS Pusat sudah bersiap sedia menghadapi pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang akan diadakan 25 Ogos ini seperti yang diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pagi semalam.

Timbalannya, Azman Shapawi Abdul Rani dalam kenyataan Dewan tersebut Sabtu lalu berkata, Pemuda akan menggerakkan seluruh jenteranya bagi memastikan PAS dapat mempertahankan kerusi berkenaan.

"Pemuda Pusat hari ini membuat ketetapan bahawa kami akan cuba sedaya upaya mempertahankan kerusi yang disandang PAS sejak tiga penggal yang lepas," ujarnya yang turut menyarankan agar program-program yang telah dirancang dan terancang dapat dilaksana serta dimanfaatkan sepenuhnya bagi merealisasikan kemenangan PAS.

Sebagai sayap utama PAS, jentera Pilihanraya Dewan Pemuda daripada semua peringkat katanya, akan dikerah ke Permatang Pasir bagi memastikan dan membantu kelancaran secara lebih bersistematik pada pilihanraya tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, jentera pilihan raya PAS Permatang Pauh telah lama bersiap sedia menghadapi sebarang pilihan raya. Setiausaha PAS Permatang Pauh, Ahmad Kamal Ahmad ketika diminta pandangan mengenai persiapan terkini jentera PAS di situ memberitahu, "jentera kita bersiap sedia untuk berhadapan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) di N11 Permatang Pasir. Banyak isu sedang menanti untuk penceramah kita sebarkan".

Manakala Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) turut sama akan mengerahkan sekurang-kurangnya 500 pemuda Pas seluruh Terengganu untuk bertugas di Pilihanraya Kecil Permatang Pasir bermula 17(Penamaan calon) hingga 25 Ogos 2009(Hari pengundian) nanti, ujar Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah .
Continue Reading...

Monday, August 10, 2009

Masalah PAS dan UMNO

PARTI ISLAM SEMALAYSIA Pictures, Images and Photos

Masalah PAS dan UMNO

Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS.

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.

Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik berlaku dinegara ini.

Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus "kuasa imuniti Raja-Raja" yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan "Riddah" atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya "Hendonisme" budaya "akhlak bobrok" melalui agensi-agensi penyiarannya.

Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh UMNO. Puncanya ialah tidak menhayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH'. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain.

Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid. Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin dinegara barat dan timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO diMalaysia ini.

Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang UMNO membela Islam dan menegakkan syiar Islam.

Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?

Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO menolaknya.

Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka.

Dato' Haji Harun Bin Taib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

sumber

Continue Reading...

Watak - Watak Naruto dalam politik Malaysia

PARTI ISLAM SEMALAYSIA Pictures, Images and Photos


Watak - Watak Naruto dalam politik Malaysia

"Kepada mereka yang ada menonton Naruto, marilah kita melihat watak-watak Naruto dalam politik Malaysia sebagai selingan. Rehat seketika selepas penat berpolitik. MAri lihat.. siapa mereka?


Danzo - watak ni sesuai dipegang oleh Najib. Sama-sama orang lama. Wataknya sebagai dalang rampasan kuasa memang cukup tepat dengan sifat Najib. Wataknya yang cukup provokasi dengan pelbagai perancangan keji cukup sesuai. Najib pun dikelilingi oleh pengikut setia yang taat tanpa berfikir seperti Danzo.

Orochimaru - watak ini sesuai dipegang oleh KJ. Wataknya yang perasan bagus cukup sesuai. Orochimaru ni asalnya dari kampung orang bijak pandai tapi dia berkhianat dan jadi jahat. Sesuailah dengan KJ yang belajar di Harvard tapi jadi jahat dan menyusahkan kaum.

Hokage ke-3 - watak ketua kampung yang baik hati ni paling sesuai dengan Tok Guru Nik Aziz. Sikapnya yang bijak, pandang ke hadapan dan tegas memang cukup serasi.

Akamaru - Anjing Akamaru ni wataknya paling sesuai dengan Ibrahim Ali kerana kedua-kedua suka melompat! Kwah Kwah, jangan marah wahai Putera Katak.

Hinata - watak ni sesuai dengan Nurul Izzah. Orangnya malu-malu tetapi bila keadaan memerlukan, berani untuk ke hadapan untuk mempertahankan kebenaran dan keadilan.

Choji - watak ni sesuai dengan Karpal Singh. Sekalipun tak berapa boleh diharap, dia masih dikira sebagai part of the team dan kadang-kadang ada juga sedikit sumbangan.

Maito Gai - watak baik yang pukulannya tepat ini sesuai dengan Mahfuz Omar. Sekali kena, pasti tersungkur. Pukulannya tepat dan straight to the point.

Jiraiya- watak baik yang kelakar ni agak mirip dengan Mat Sabu. Sama-sama kelakar dan memperjuangkan kebenaran. Kategori jenaka pun kadang-kadang agak sama.

Kabuto- watak pengkhianat ni elok benarlah dibawa oleh Ezam. Sama-sama jenis khianat dan tak boleh harap.

Uchiha Madara- watak jahat yang disangka sudah bersara tetapi sebenarnya masih ada sesuai benarlah dipegang oleh Tun Mahathir sendiri. Boleh ditukar menjadi Uchiha Mahathir.

Itachi Uchiha- watak ni boleh dipegang oleh Anwar. Asalnya ingat dia ni watak jahat tapi diakhir cerita barulah tau rupa-rupanya dia ni watak baik.

watak Naruto yang akan mendamaikan suasana huru-hara dalam politik Malaysia masih belum muncul........

Rujuk Merujuk :
1) http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=1130
2) http://kakicilok.blogspot.com/2009/07/watak-watak-naruto-dalam-politik.html

p/s : Artikel / cerita ini bukanlah saya reka sendiri tapi di ambil di laman2 blog/web... kali pertama saya membaca di blog sahabat lama saya Wira Islam, tetapi entah kenapa, sekarang dia telah buang artikel/entri tentang ini.. Kesemua watak-watak cerita Naruto di atas saya tidak kenal lagi di kenali.. kerana saya tidak berapa suka dengan cerita anime/kartun kesukaan ramai termasuk Dragon Ball.. Lebih minat lagi suka cerita anime Full Metal Alchemist dan Once Piece.

Kepada yang terasa dengan artikel di atas harap maaf. Jadikannya sebagai selingan di dalam politik tanah air kita.......

sumber

Continue Reading...

Saturday, August 1, 2009

Tangkis Al-Kafirun Laknatullah..

PARTI ISLAM SEMALAYSIA Pictures, Images and Photos




*Menangkis Serangan Barat Terhadap Umat Islam*

Muqaddimah

Dalam realiti kini aktiviti-aktiviti maksiat telah dimanipulasikan menjadi simbol kemajuan dan kemodenan. Manusia yang bernama Muslim tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik apakah yang perlu dipersiapkan untuk hari esok. Mereka sering berfikir aktiviti leka apakah yang hendak dilakukan untuk menghabiskan masa siang dan malam. Rata-rata yang mengaku muslim dibelenggu oleh nafsu syaitan. Keperibadian mereka larut dalam budaya dan cara hidup Barat.

Musuh Islam yang sentiasa bekerja keras

Musuh Islam dari Barat, secara terus menerus dan agresif, menanamkan nilai-nilai dan budaya jahiliyyah ke dalam jiwa umat Islam. Jiwa umat Islam dipupuk supaya merasai ‘rendah diri’ . Dengan da’yah yang sistematik, misalnya melalui media cetak dan elektronik, ditanamkan satu pandangan bahawa apa-apa yang datang dari Islam adalah kuno dan tidak sesuai dengan zaman. Ataupun, apa yang datang dari Islam dianggap ganas dan melampau sedangkan apa yang datang dari Barat dianggap baik, maju dan moden.

Tidak sedikit umat Islam di pelbagai belahan bumi telah merasa asing terhadap nilai-nilai Islam dan cara hidupnya. Pada masa yang sama, mereka berjinak dengan cara atau gaya hidup Barat. Bahkan, lebih jauh dari itu, umat Islam merasa bangga dengan budaya Barat. Perhatikanlah dalam realiti kini;

Siapakah yang memenuhi panggung-panggung wayang?

Siapakah yang melepak dan berpeleseran di tepi-tepi bangunan membeli belah?

Siapakah yang kerap berkunjung ke pusat-pusat hiburan?

Siapakah yang ramai menghisap rokok?

Siapakah yang ramai menagih dadah?

Siapakah yang membuang anak luar nikah hidup-hidup?

Siapakah yang sering menjadi ‘kutu-kutu’ malam bersama-sama dengan motosikal-motosikal mereka?

Siapakah yang paling ramai tercicir dalam pelajaran?

Siapakah yang paling terkehadapan menentang perlaksanaan hukum-hukum Islam?

Jawapannya jelas iaitu Umat Islam.

"Akan datang kepada manusia satu zaman,
orang yang berpegang teguh dengan agamanya
seperti orang yang menggenggam bara api." At-Tirmidzi

Usaha-usaha pembaratan

Di awal usaha gerakan pembaratan ialah supaya umat Islam merasa ragu-ragu dan asing terhadap deen mereka sendiri dan di hujung gerakan pembaratan ialah Kristianisasi (riddah). Dengan kata lain, merosakkan akidah umat Islam. Antara serangan Barat terhadap umat Islam adalah;

1. Menghalang tertegaknya kesatuan umat Islam dengan cara menghalang kekhalifahan Islam. Sekaligus, Barat berusaha memperdalamkan perasaan kebangsaan dan kedaerahan di kalangan umat Islam.

2. Menegakkan pendidikan dengan sistem ‘co-education’ yang mencampurkan pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam sebuah sekolah atau dalam sebuah bilik darjah. Ini mendedahkan umat Islam kepada fitnah.

3. Melaksanakan sistem riba' dalam ekonomi dan menghancurkan harta kekayaan umat Islam.

4. Memansuhkan undang-undang Rabbani yang berdasarkan syari’at Islam, dan memaksa perlaksanaan undang-undang rekaan manusia yang meruntuhkan akhlak dan menghancurkan keluarga muslim.

5. Merosakkan ikatan kekeluargaan, merobohkan nilai-nilai sosial dan merangsang umat Islam mengamalkan akhlak serba boleh (tanpa batasan). Juga menggalakkan hidup berpecah-belah dan menghapuskan keperibadian insan yang soleh.

6. Memecah-belahkan daerah-daerah Islam dan menanamkan unsur-unsur asing di hati umatnya.

7. Menulis kembali sejarah Islam berdasarkan kaca mata Barat yang bersifat kebendaan.

8. Membangkitkan rasa kebanggaan kedaerahan, kebangsaan dan kesukuan serta menghidupkan kembali sejarah kuno sebelum Islam.

9. Menyebarkan semangat materialisme, mengenengahkan teori Darwin sebagai pintu kepada atheisme dan menanamkan rasa ragu-ragu terhadap ajaran Islam mengenai asal usul kejadian manusia menurut Al Qur’an.

10. Menyebarluaskan fahaman materialisme dalam hubungan antara manusia dan kehidupan sosial menurut teori Freud (mengenai dorongan seksual) dan teori Marxis (mengenai dorongan isi perut) serta menggambarkan manusia sebagai binatang yang dikuasai oleh nalurinya.

11. Mematikan bahasa Arab kerana ia adalah bahasa Al Qur’an.

12. Menafikan keunggulan kaum Muslimin dalam sejarah peradaban manusia.

13. Memaksa manusia memahami dan meyakini falsafah-falsafah materialisme seperti dialektika, permissivisme, eksistensialisme dan materialisme. Yang mana falsafah-falsafah ini menyemarakkan perasaan dengki, hawa nafsu dan angan-angan panjang. Juga, falsafah-falsafah ini mengingkari terhadap sesuatu yang tidak dapat dijangkau oleh pancaindera (atau yang tidak dapat dibuktikan secara empirikal).

14. Mengingkari agama dengan menganggapnya sebagai perkara yang membawa kemunduran hidup dan ketinggalan dari segi kemajuan sosial. Memisahkan Islam dengan politik dan akhlak manusia. Juga, menyerang akidah Islam dan nilai-nilainya.

15. Menyebarluaskan perpecahan dan permusuhan antara agama-agama dan ras-ras manusia.

Tujuan proses pembaratan terhadap umat Islam

1. Agar kaum Muslimin menerima gaya hidup barat dan jahil terhadap sistem hidup Rabbani.

2. Agar kekuatan kaum Muslimin lumpuh serta tidak berupaya lagi untuk menegakkan kembali peradaban Islam dalam ertikata sebenar.

Langkah-langkah menangkis serangan barat

Untuk menangkis gerakan pembaratan terhadap umat Islam, maka antara langkah penting yang perlu diambil adalah;

1. Menyebarluaskan da’wah Islamiyyah Da’wah Islamiyyah yang menerangkan Islam berdasarkan sumber-sumber yang muktabar perlu diutarakan kepada masyarakat melalui pelbagai wasilah yang munasabah. Ketahanan jiwa umat perlu dibina dengan wa’ Islami yang sebenar. Hati dan ‘aqal masyarakat perlu diselamatkan daripada racun yang disebarkan oleh musuh. Satu hakikat yang tidak dapat disangkal bahawa kejayaan gerakan pembaratan selama ini adalah lantaran jiwa umat Islam yang lemah. ‘Aqal dan ruh umat kosong daripada ajaran Islam sebenar.

2. Melaksanakan Tarbiyyah Islamiyyah
Tarbiyyah Islamiyyah untuk membentuk individu-individu muslim perlu dilaksanakan melalui pelbagai program. Individu-individu muslim yang soleh adalah umpama batu bata yang akan membangunkan bangunan Islam serta mampu untuk menangkis serangan musuh-musuh Islam. Begitu juga kurikulum Tarbiyyah Islamiyyah perlu dibina akan dapat dijalankan di sekolah-sekolah. Pelajar-pelajar dididik dalam bidang akidah, syar’iah dan akhlak. Tarbiyyah Islamiyyah bukan sekadar menjadikan Islam sebagai pengetahuan sahaja, tetapi juga melahirkan keyakinan dan amal Islami dalam kehidupan harian.

3. Mengenengahkan Islam melalui media massa
Pekerja-pekerja Islam perlu memberi perhatian terhadap media massa. Seharusnya, pihak Islam mempunyai pusat maklumatnya sendiri yang dikendalikan oleh tenaga-tenaga mahir yang ikhlas dan mampu menyingkap pelbagai bahaya tersembunyi dalam da’yah yang disiarkan oleh musuh-musuh Islam.

4. Membina kesatuan umat Islam
Sewajarnya umat Islam berusaha ke arah kesatuan dan penyelarasan sehingga dapat berdikari dalam pelbagai bidang kehidupan. Pergantungan kepada pihak musuh, baik dalam aspek politik, ekonomi mahu pun mana-mana keperluan hidup, akan hanya mengundang kelemahan dan perpecahan. Musuh-musuh akan mengambil kesempatan daripada kelemahan dan perpecahan itu untuk campur tangan dan seterusnya merosakkan urusan umat Islam.

Penutup

Di samping langkah-langkah di atas diambil untuk berhadapan dengan gerakan pembaratan oleh musuh-musuh Islam, umat Islam juga perlu berwaspada dan berhati-hati dalam menerima sesuatu yang datang dari luar. Jangan terjadi, dengan beralasan kepada sikap ‘toleransi dan terbuka’, maka gerakan-gerakan yang merosakkan akidah Islam dibiarkan begitu sahaja hingga boleh membawa kepada gejala riddah yang berleluasa.

Glosari kata

Riddah = murtad
Continue Reading...

Iklan Dari Harakah

 

N28 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template