PAS Cawangan Sungai Rambai,Parlimen Jasin,Melaka

As-Salam

Lagu Rasmi PAS

Zikir Oleh Nik Aziz

Saturday, July 4, 2009

Manek Urai

PARTI ISLAM SEMALAYSIA Pictures, Images and Photos

Abe Uji sumbang jasa bangunkan
bandar Kuala Krai

KUALA KRAI, 4 Julai (Hrkh) - Calon PAS di Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah sudah tidak asing lagi di kalangan penduduk yang tinggal Kuala Krai. Peranannya tidak kecil dalam usaha membangunkan bandar Kuala Krai. Iklan


Sebelum ini beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Lalulintas Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) dan sekarang dilantik pula pengerusi bahagian perlesenan yang bertanggungjawab kepada peniaga.

Malah pada penggal lalu beliau dilantik kerajaan negeri sebagai Penyelia Dun Guchil.

Mohd Fauzi atau yang lebih dikenali sebagai Abe Uji berkata, MDKK menyedari laluan Kuala Krai ke Gua Musang sering berlaku kesesakan pada musim perayaan memandangkan ramai anak perantau pulang ke kampung.

Katanya laluan tersebut sering berlaku kemalangan jalanraya disebabkan pemandu memandu laju dan memotong kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya.

Beliau berkata, kawasan yang sering berlakunya kemalangan iaitu di kawasan Hentian Rehat Damai ke Padang Sembilan, kawasan Sekolah Menengah Pahi, sekitar Sekolah Kebangsaan Peria, cabang tiga Sungai Sok, kawasan pemeriksaan JPJ di Laloh dan simpang di Lela Jasa.

"Oleh itu saya berharap di musim pilihan raya kecil di Dun Manek Urai sekarang pengguna jalan raya hendaklah sentiasa berhati-hati dengan mengurangkan kelajuan memandangkan banyak kegiatan diadakan sempena pilihan raya sekarang," katanya selepas merasmikan program konvoi bermotor Belia Manek Urai di perkarangan masjid Kampung Peria, hari ini.

Beliau juga berharap golongan belia usah terlalu ghairah semasa berada di jalan raya sempena kempen pilihan raya sekarang bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

"Saya berharap belia dan remaja di Dun Manek Urai ini mematuhi peraturan lalu lintas dan tidak menjadikan jalan raya sebagai gelanggang untuk berlumba.

"Kalau boleh belia hendaklah menjadikan masjid sebagai tempat berkumpul di samping menimba ilmu agama melalui kuliah-kuliah agama yang diadakan.

"Dengan menjadikan masjid sebagai tempat berkumpul, belia dapat menghindarkan masalah sosial dan seterusnya mendisiplinkan diri melawan segala ancaman yang membolehkan membinasakan diri sendiri," ujarnya. - mj _

0 pendapat:

Post a Comment

Iklan Dari Harakah

 

N28 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template